Monday 17 January 2011

ini entri emo~ -.-'

Assalamualaikum…

Aku x tahu
Salah siapa
Aku kah?
Dia kah?
Keadaan kah?
Benua yg menjadi pemisah kah?
Atau dunia aku dan dia yg berbeza
Atau pandangan dia tentang dunia
Dan pandangan aku tentang hidup yang bertingkah
Cara dia dan method aku
Dalam memaknakan hidup
Dalam merasakan diri
Itukah yang menjadi titik selingkuh antara kami?

Titis dari mata ini
Mengapakah?
Marah kan siapa,hai hati?
Diri sendiri?
Si dia-si jantung hati mu itu?
Keadaan dunia ini?
Atau apa?
Mengapa reaksimu begitu,hai hati?

Katanya..
Dia rasa aku hilang
Dia tak mengerti apa prioriti dirinya dalam hidup ku

Aduhai..
Sang jantung hati
Insan yg hanya ada satu di dunia ini
Mengapa jadi begini
Mengapa kau pertikaikan
Mengapa kau persoalkan
Mengapa kau buat aku jadi tidak keruan

Lalu..
Di pengakhiran entri ini
Yg aku kira aku mampu temui jawapan buat penenang perasaan

Ah!

Aku hilang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

H.I.L.A.N.G = L.O.S.T

Untuk kesekian kalinya…





Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
~al-Isra’ 17:24~



nota metacarpals : Tuhan..ampun~





 


cheritera winter setahun lalu~



Assalamualaikum…

Yeah~ stelah  setahun mem'pekasam'kan entri ini..
Akhirnye dipublish jugek atas pmintaan hati sndrik~
[blog sy bkn blog hot smpai ratus2 org follow..]

Yep~ setahun lalu,mbawa diri ke Mesir bsama teman2 rapat..
Dan di sebalik mahu melihat tmpt org, segala rasa yg diangkut dr Msia ke Jordan,mahu dilempiaskan dan dihumbankan semua nya ke bumi Mesir itu..

Dan alhamdulilah…
Ziarah ke sana bkn sesuatu yg sia-sia
Sambil ber're-union' dgn besties INTEC dan merapatkan ukhwah dgn sahabat2 lain
Segala rasa yg mnyerabutkan hati yang kadangkala buat ai rse nk mengapungkan diri kat laut mati
Berjaya dicampak jauh-jauh ke puncak Piramid Giza..
Dilarutkan dalam air Sungai Nil
Dihapuskan kegusaran dgn mziarahi maqam2 pencinta Allah
Dipijak satu-satu 'parasit-parasit' yg meng'infect hati dgn dakian ke Gunung Sinai
Dan dilepaskan segala rasa yang membelenggu diri di sepanjang perjalanan di negara berdebu itu [no offense,though..hehe ]

Lalu sy pulang ke Jordan dgn semangat baru dan lembaran baru
Wlaupun kadangkala bertamu kembali sisa-sisa yg mlekat dlm hati
Tp Allah kan Maha Kuasa menyusun segala nya dgn penuh bijaksana…

Setahun berlalu…
Kali ini mahu bermusafir lagi
Membawa diri
Membawa hati
Yg mintak di'charge battery'
Dgn mencuci mata melihat ciptaan Ilahi

Mahu dilempiaskan lagi
Segala perasaan yg disenyapkan dalam hati
Moga bila pulang nanti
Diri ini mampu menghadapi segala yg Allah duga
Dengan senyuman dan tanpa dendam kesumat ataupun benci

Ke mana destinasi kali ini??
Owh~ maybe korg kene tunggu setahun lagi.. =p

And now.. I'm presenting to you..
Exclusive n limited edition pictures of PowerSerabut  Girls of Jordan 'Exploring the country of Dust:Egypt'





menyelusuri sungai nil dgn bot di pagi yg aman damai mmg feeling abis ouh~ =p

Kitab bertulisan Hebrew..ade sape2 yg ley bace?

Kalau korg rajin makan carrot dan punya mata yg sihat spt sy,korg akan nmpk laut dlm gmbr nih..itu Terusan Suez yg famous dlm buku teks sejarah tuh yer,anak2~

Ala2 grand canyon[nk pegi yg btul2 pnye,nanti la en..hehe]

 "dan di celah2 rekahan batu itu aku sembunyikan segala gundah gulana hatiku.."
[ok..saje buat ayat putus fius.. =p ]
Salah satu kubu Salahuddin Al-Ayubi..hebat en??agak2 lau tgh bosan-tader keje pekdah nk wat-n tmbh ilmu + pahala..klik sni utk bace psl wira kite nih~ [nak lbih g mtk tlg mr.google..jgn mls!]

Masakan Melayu pertama yg ktorg jumpe kat Cairo lps 3bulan x jmpe kat Jordan..[sume org pown mmg excited gile tym kat Rumah Kedah tuh..buat malu jee -.-' ]
hidangan sebelum mendaki Gunung Sinai.. Yg hanya mmpu dihabiskan hanyalah ayam jer..[sian kau nasik..u can't be my best-friend even in egypt..huhu]

ble vacation,antara bnde yg paling penting adalah MAKAN! batak sgt kat jordan x dpt mkn seafood en,kat cairo balas dendam kaw2 ah..

Ini bukan pinggan saya.. [sambil sepenuh hati buat muke x bsalah]

Rindu laut Dahab~

Bajet kat Jepun je ade sakura?kat Sinai pown ade taw..tp sakura tipu laa..hehe [credit to my Nokia Supernova :2M.pixel]

Sunrise kat puncak Gunung Sinai..[rindu perasaan tenang itu~ :) ]


Perjalanan turun dr puncak
Iyer..ktorg daki smpai tinggi nihhhh..hebat x?hebat x? [pdahal mlm mdaki tuh bkn nmpk satu hape pown..da trun tuh bru sedar tgi nih upe nye aku daki.. nsib x tgolek jatuh ke gaung je.. -.-' ]

Makam Imam Shafi'e



Piramid Giza


Salah satu masjid yg dilawati.. [kantoi da x ingt name..bnyk sgt pown..nih pown da confused.. -.-' ]
Kontijen-kontijen bergambar di hadapan Masjid 'Amru Al-'As... [tahun nih punye vacation,da ahli kontijen lain pulak..nk tahu siapa??tunggu entri tahun depan..hek3~ =p ]


Moga 'langit' dalam hidup selepas cuti sem nih akan lebih cerah,insyaallah~



doa musafir:



اللَّهُمَّ إنَّا نَسألُكَ فِي سفَرِنَا هَذَا البِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنْ العَمَلِ ما تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوّنْ عَلَيْنا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالخَلِيفَةُ في الأهْلِ. اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثآءِ السَّفَرِ وكآبَةِ المَنْظَرِ وَسُوءِ المُنْقَلَبِ في المَالِ والأهْلِ والوَلَدِ
Wahai Tuhan-ku,sesungguhnya kami memohon darimu segala kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini,dan segala amalan-amalan yang Engkau redhai,Wahai Tuhan-ku,permudahkanlah perjalanan ku ini dan dekatkanlah tempat yang jauh tersebut,Wahai Tuhan-ku,engkaulah penjaga dan penolong-ku dalam perjalananku dan tempat kami menyerahkan urusan keluarga kami.Wahai Tuhan-ku,aku mohon perlindungan-Mu dari kesusahan dalam perjalanan ini,kegelisahan diri dan kesudahan yang buruk pada harta,ahli dan anak.



Nota metacarpals : Kalau tahun lepas berjaya menawan puncak Gunung Sinai
Tahun nih mungkin Gunung everest..
Siapa tahu…kan??
Hapeeeee..ingt aku x ckup berat,mlayang n bla bla bla..x mampu daki gunung ker?heh!
Tgu dan lihat je nanti..keh3~

Nota metacarpals(2) : Doakan moga perjalanan sy dan ahli kontijen lain dipermudahkan dan diberkati NYA,ya~ :)

Nota metacarpals(3) : Pd sape2 yg tinggal kat irbid tuh..jage diri n jage irbid baik2 yer..sape yg x nakal2 nti ai ksik souvenir..ok??hek3~ =p

Nota metacarpals(4) : Untuk kamu..ya..untuk kamu..jage diri..moga selepas ini tiada sengketa lagi..kerana aku x betah berkelahi atau membenci sahabat sendiri~ :)







Thursday 13 January 2011

Let the wind blow it away~

Assalamualaikum...


Senyap..

Senyap..

Senyap...


Cukup sukar mahu memujuk hati supaya diam dan tidak berkutik apa-apa..

Cukup payah mahu menyuruh hati untuk tidak terasa apa-apa..

Cukup seksa untuk meminta hati berdiam dan merelakan segala..


Hai hati...

Senyap lah hati saat manusia sekeliling galak berkata-kata

Diam lah hati saat mereka gamat mencelarukan suasana


Sabar lah hati..

Sabar..

Dengan dugaan yg DIA beri

Itu...

untuk menyucikan apa yg perlu...

untuk merawat segala yg telah hati kau sendiri calari...

dan untuk kau sendiri nilai dan pelajari

agar masa depan nanti kau takkan ulang lagi...


.
.
.
.
.
.
.


Senyum!

Dan biarkan semuanya disusun DIA...

Kerna DIA tahu apa yang terbaik untuk kamu...

:)


"Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” ~Al-Baqarah : 177~










Serukan, ikhlaskan, pasrahkanlah hanya kepada-Nya :)






nota metacarpal : peh~ nmpk nye ramai yg bwk diri blk malaysia yer??cissciss~ aku?mahu lari ke mana? -.-'