Friday, 28 October 2011

stop running

Assalamualaikum~

Dulu,
saat saya kejatuhan dan kesakitan
saya pohon pada DIA
kurniakan satu titik perubahan
agar kesakitan saya itu hilang ditelan perubahan yang DIA berikan.

Lalu,
DIA yang Maha Kasih tunaikan permintaan saya yang maha hina
bukan satu
bukan dua
tapi segala turning point yang indah-indah itu
akhirnya saya tukarkan menjadi
satu jalan lain

ESCAPISM.

saya teruskan berlari dalam jalan titik perubahan itu
dengan dibawa sekali rantai-rantai kesakitan lalu

berlari
berlari
dan terus berlari
sambil mengheret bersama
rantai-rantai itu
yang makin menyakiti saya
makin melukai.

dan dalam larian itu
DIA tetapkan kurniakan juga turning point yang lain
mungkin untuk beri tanda supaya saya berhenti berlari
tapi sebab saya nih x paham bahasa agak nye -.-'
saya heret turning point itu bersama
menambahkan lagi luka saya
dan juga memusnahkan turning point itu.
destructed-harshly-by me.

dan akhirnya kerana kepenatan
dan kesakitan yang tak tertahan
saya berhenti dari larian
dan DIA anugerahkan turning point lain
dek kerana sayangnya DIA pd saya
dan dek kerana saya yang tak putus-putus berdoa
supaya dihentikan segala larian ini.

namun,
kerana saya yang tuli dan buta
yang menganggap
oh~ ini lah turning point yang aku tunggu-tunggu
dan gigih mengejar
tapi hakikatnya
saya berhenti
untuk saya lilitkan ia dengan rantaian-rantaian yang saya bawa bersama.
untuk saya bebankan dengan kenangan dan dosa lama.

u know~
it's kinda sick
when u see someone,
u see d reflection of u.
d old u.
and because u've been so traumatized by d old u
u tend to help d reflection of u
trying with all ur might to help dat person
to not being like d pathetic u now.

without even realizing
all d actions that u did,
it's just annoying
and hurting people around u.
and u too.

and at that moment
*snap*
u r in another route of escapism.

dan saya kepenatan
kelelahan
untuk berlari lagi.



~ "welcome syitaa',
let's gloom and hibernate together."

petang Jumaat suam-suam kuku,
hari pengakhiran daylight saving. ~


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai...
~Surah At Tahrim: 8~






"search for the light!"
David Abbott,Just Like Heaven





lagu tader kene mngena ngan entri.manifestasi kerinduan pada bapak.huk! T.T
*lirik mnarik lau betul2 paham.pesan m.nasir untuk masyarakat yang da dinyanyikan hampir dua dekad lalu.hebat kan,kuasa kata-kata?dan hebat jugak DIA kerana mengilhamkan ini pada beliau. =] *




notametacarpal : tQ girls,for making me realize,how annoying i am. =]











1 comment:

Aswadsky said...

Qus? trying is never wrong :)

love you for being as nice as you are now... helpful and sensitive towards others