Assalamualaikum~
|
credit to inche google |
Amaran awal : Ini adalah entri khas tentang perkahwinan.maka,ianya akan penuh perasaan dan emosi.sekian. =p
Pertama kali bersua pada februari 2010 setelah saya kembali dr mengembara ke bumi Nabi Musa A.S.
setelah hampir sebulan tanpa roomate *memandangkan saya dlu pemalu dan punya dunia sendiri,maka roomate lama pown kebosanan dan berhijrah ke bilik lain di sakan daulat tuh*,akhirnya Allah mentakdirkan saya utk ber'roomate' dengan seseorang yg mmg sy x kenali.
Pertama kali juga mendengar nama nya yg ala2 arab dan kawan2 lain berteka2 sy bakal satu bilik dengan org arab,sy dah kecuakan.*aku nih bahasa melayu pown busuk.nih nk cakap arab plak.ah,sudah! -.-'*
Wallahi,bukan mudah utk hidup satu bilik dan cope dengan seseorang yg kita baru kenali.
Mahu memahami,menerima dan menghargai.bukan senang.memandangkan sume org pown ade kepala fikiran masing2.jadik nye,ade lah sedikit selingkuh,perang dingin dan yang tidak2 enak berlaku.
tetapi,DIA itu Maha Kuasa dan Maha Penyayang.
Rahsia yang DIA sorok dari pengetahuan kita,itu lah yang menjadikan hidup kita sangat menarik dan ajaib.
and make us appreciate all the things that happened to us.even the littlest one.
Lalu, roomate yang pada mula nya sukar untuk disesuaikan diri,itu lah yang menjadi teman bercerita,bergurau,mengusik.berkongsi bahu buat menenangkan hati yang jauh dr keluarga.membantu mana yang mampu untuk dikurangkan bebanan.
Walaupown mungkin jarak selepas perpindahan dari sakan kuning daulat itu membuatkan kami sedikit renggang,dan hanya berjumpa sekali sekala memandangkan jadual hidup yang tak sama rentak nya,
namun sesekali bertemu,masih lagi,kakak saya yang satu ini lah yang saya cuba sedaya upaya untuk bahagia kan dan raikan segala nya.
|
celebrate birthday kakak tersayang yg ke20 pd september 2010. skang sy sendirik da umur 20.cepat btul masa berlalu kan? |
Masih lagi teringat bagaimana awal-awal duduk satu bilik,si kakak cuba masak nasik goreng *yg kata nya x pndai masak* tapi 1st try masak~ pergh!marvellous! *eceh~ x tipu nih.skang nih agy ebat masak dr ai taw.hihi*
dan kemudian mengesat air mata nya yang tumpah dek kerana jauh dari insan-insan penting di tanah air sana.
berjalan sepanjang syari' jamiah dan menyedut milkshake di hardees.
jugek kasik tutor cam ne nak wat belog.hehe~
*ok~ da bley buat rancangan menggamit memori nih.suda.cukup.hek! -.-' *
dan ketika bertemu dengan kakak tersayang awal musim panas lalu, *tuh pown pas emo sbb btunang x gtaw kite.grrr~ -.-' * dikhabarkan nya pada sy berita gembira.sambil dengan penuh excited n glowing menunjukkan itu ini,saat itu,perasaan sy bercampur baur. *limbic system kte mmg serabut en?*
bahagia~ sebab akhirnya she already found the one who could make her happy.erase n wash away all those pain before.and insyaallah will make her future to be a great and enjoy one.
sedih~ sebab keadaan dah tak sama.dah tabley nk suke-suki hati ajak kuar date-huha-gosip-gelak-usik sama2.
but afterall,kebahagiaan melihat kakak tersayang bahagia itu sangat membahagiakan. *tataw nk wat emoticon cm ne.hehe~*
ya~ saya menitiskan air mata malam itu.*ilang macho sy.huk!*
dan awal-awal diminta menjadi pengapit nya,saya bersetuju.
namun ketika diberitahu yang adik nya juga berada pada hari perkahwinan,buat saya rasa serba salah.
*dah lah bukan sape2.selekeh je plak tuh.gegedik plak nk jdik pengapit en.hek!*
tapi mengenangkan itu je lah saat-saat bermakna dan terakhir yang dapat saya spend sementara kakak masih lagi bergelar anak dara,lalu saya turutkan permintaannya walau keseganan.dan walau hanya mampu bersama-sama dengan dia hanya pd malam sebelum akad nikah.
sumpah rasa bersalah gile.sebab sebelum2 nih,sy cuba meluangkan masa untuk membantu mana yang mampu.tapi untuk perkahwinan nya,Tuhan tak mengizinkan kesempatan itu.
dan sebab tuh lah ai setuju jugak berinai sakan dek kerana permintaan dan untuk meraikan cik pengantin sendirik. *walau segan gile.hukhuk*
Sewaktu melihat ketenangan nya *walau dalam kelam kabut sebab lambat sampai masjid* buat saya rasa tenang.dan yakin,ah~ kakak aku da sedia da nk jadik isteri orang.hihi.
dan alhamdulilah~ segala nya berjalan lancar,walau tatkala akad,kedua-dua tangan di kiri dan kanan sy ; pengantin dan adik pengantin sejuk,sy mampu menenangkan mereka.hehe~
sungguh~ saya berterima kasih kepada pasangan nya,yang bisa membahagiakan kakak saya selama perkenalan mereka.dan saya harap inche suami mampu membahagiakan kakak saya sampai syurga.
doa untuk kalian,sentiasa dalam butir-butir doa saya,insyaallah~ moga kalian berdua mampu mengharungi alam baru yang lebih banyak cabaran nya.dan mampu menyempurnakan kekurangan kalian dengan kelebihan yang kalian ada.
buat kakak tersayang,
Arwa Ahmad Kamal dan suami nya
Aziz Othman,
Qus akan selalu doakan korang kekal sampai syurga.
korang orang bagus dan hebat-hebat.moga penyatuan korang mampu buat korang jadik hamba DIA yang lebih bagus dan hebat.
dan melahirkan keturunan yang bagus dan hebat juga! ♥
|
cik dayang2 pengapit,pengantin dan adik pengantin.
sayang korang~ ♥ |
notametacarpal : wuwuwuwuwuwu~ sedey taaawww.1st time kowt orang yg kte rapat bertukar status.it is seriously not an easy thing to be dealt with.huk! T.T
notametacarpals (2) : cik kakak sayang,mohon maaf mintak halal sume lah yer lau ade terkurang mane-mane.qus sayang akak sampai syurgaaaaaaa~ huuuuuu~ T.T
notametacarpals (3) : bahagia.ya.sangat bahagia.terima kasih,Tuhan.kerna kurniakan bahagia untuk dia yang aku kasihi. =]