Friday 29 April 2011

from 1 to 2.

Assalamualaikum...

ini entri khas lagi istimewa untuk anda-anda yg mendapat tempat di hati sy.
dan disebabkan sume pown da ade angka 2 kat pangkal umur atau senang cte nye lau isi borang kat petak depan skali da no more NO MORE diisi dgn angka 1,maka entri ini akan dibuat dengan penuh matang dan macho sejajar dengan umur kalian yg lebih tua dr sy.

Khas buat : -

1) Syahriah Fadhillah
2) Ilyana Sanusi
3) Nazira Hanim
4) Farah Md Nizar
5) Ira a.k.a my sweet cousin
6)dan sahabat kesayangan yg bday nye bulan sblum2 nih [ xmmpu den nk buat entri satu2 utk korg.nih kire kombo la ye dak?jgn mrh.hehe~]

Spring in Jordan : mawar berkembang mekar dengan bahagia dan penulis pun demam dengan penuh 'bahagia' juga.
*MawarPink-halamanImarahMalaysianHall a.k.a rumah penulis.hehe~ *


moga dua dekad yang berlalu
memberi seribu kenangan yang membahagiakan kalbu
menjadikan kamu hari ini adalah kamu
yang lebih baik dr dulu
buat kamu lebih menghargai
apa yang ada di sekeliling diri mu
buat kamu lebih mengerti
apa yang patut kamu cari dan jagai
dan untuk kamu sedari
di mana tahap kamu di sisi Rabbul 'Izzati 
Satu doa ku
moga rasa yang menjalinkan hati aku
dan hati kamu
akan tetap utuh
rasa kasih,sayang dan cinta
sampai syurga.
(^_~)

Kalau tahun lepas ade kek 'sepenuh perasaan',tahun nih kek 'volcano limpahan kasih sayang(?)'
*muahahaha!obviously penulis x participate dlm pembikinan kek nih. =p *
ape2 pown ble msuk mulut mmg sedap.tuh yg penting kan???

houzys terbahek smpai syurga!bday girl yg mne satu?carik sndirik.hek! =p

ikan-tataw-name and udang-hypertension yg telah syahid dgn penuh macho dan bergaya utk kemaslahatan dan kemandirian kehidupan kami.Alhamdulilah~ =]








notametacarpal : agy 2mgu ai plak.oh no.NEHIIIIIIIII!!!!! *screaaaammmmmmmm* [ok.hilang macho.cissciss]










Friday 22 April 2011

3 minggu yang suweet

Assalamualaikum...

Short and precise.

Lau semalam senarai maaf berjela,
hari nih terima kasih pulak.

Terima kasih,sahabat!
Kamu,kamu,kamu dan kamu semua.

Dan paling penting,
Terima kasih,Tuhanku
kerana takdirkan ini berlaku.

Terima kasih.
Alhamdulilah.
=]





*mari buffer bersama-sama.setiap minit yg dibuffer dan di'spent' tuh pown pahala taw!







notametacarpal :credit to my sweetheart a.k.a jiran belakang rumah~ hihi
*bajet ati kering.dpt vid nih dr buah ati trus cair.haha.*












3 minggu

Assalamualaikum~

*amaran-sebelum-scroll-bwh : yer,kali nih entri emo lagi.dan penuh pathetic.lau ase bosan,sile jangan bace.mekasih~ =] *



Point utama entri ini adalah utk memohon kata maaf.
Jadi...


Maaf pada siapa-siapa yang ade terasa hati dgn sy
maaf pada siapa-siapa yang sy tlukakan hatinya
maaf pada siapa-siapa yang sy tercuai atau terlepas pandang
maaf pada siapa-siapa yang sy berjanji tapi sy terlupa
maaf pada siapa-siapa yang sy sepatutnya buat kerja sehabis baik tapi sy culas
maaf pada siapa-siapa yang mahu menghulurkan bahu dan bantuan
tapi sy reject dengan macho nye *hek!*
maaf pada siapa-siapa yang sy ade termengata atau ter'apa-apa'
yang sy sedar dan yang di luar batas sedar

maaf jugek pada insan-insan sekeliling
yang melihat
mendengar
dan menenangkan hati sy yang sedang hebat diuji DIA.
maaf kerana kata-kata pujukan anda kadang2 tak berhasil
but the efforts dat count and it really touches my heart,actually.tQ~ =]

Dan untuk si jantung hati di Malaysia
walau diri ini tahu mungkin kata-kata ini tak dibaca
dan tak diketahui kewujudannya
tetap mahu dicoretkan juga
Maaf kerana tingkah laku aku satu masa dulu
bikin kau terasa
Maaf kerana tutur kata aku dulu
buat kau rasa aku berubah dan menjauh dari mu
Dan maaf kerana cara pemikiranku
buat aku hilang percaya dan mungkin juga hilang hormat pada mu

Maybe this is inappropriate
but I really do seek forgiveness from you
And no matter what
you're the only one in my heart
and the most respectful person in my eyes.

Moga dimurahkan rezeki
dipermudahkan urusan
diberkati segala yang dilakukan
dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Allah..
mohon aku
yang tak pernah jemu dan malu
asyik menagih dari Kamu
tolong,tuhan..
tolong tabahkan aku
dan ampun,Tuhanku
atas segala dosa ku
atas segala khilaf ku
kata-kata ku
tingkah laku ku
niat hati ku
pandangan mata ku
deria dengar ku
Ampun untuk segalanya,Tuhan..

Duga uji Mu ini
aku terima
dengan hati terbuka
walau mulut ini acapkali bertanya
mengapa
mengapa aku yang Kau duga
mengapa ini yang Kau berikan pada aku..

Tapi aku pujuk hati ku
dengan izin kasih sayang Mu
ini tanda Kau ingat aku selalu
dan mahu aku juga begitu.

Tuhanku,
mohon kekalkan kekuatan ini
mohon tabahkan jiwa ini
dan jangan kau pesongkan hati ini
sampai bila-bila.
hanya itu pintaku
Ya Ghaffar~



notametacarpal (1) : Diuji bertimpa-timpa itu sakit,tapi tanda Dia mahu ajar aku jadik homosapien normal yg berperasaan mungkin(?)


notametacarpals (2) : Baru je kene ragut pas isya' smlm.dan sy jalan berdua yer.BUKAN SORG.jadik,moral of d story,lau DIA kata "Kun Fayakuun" maka jadik jugek lah kan?taper,sy doakan 'org yg kenduri' tuh kasik mkn kat keluarga die. =]


notametacarpals (3) : akan tetap teguh berdiri dan tersenyum.mcm dlm dialog satu vid yg sahabat sy bg - "Even if I become an old woman, I never give up on this dream" =] tQ~


notametacarpals (4) : terima kasih untuk kamu yang sentiasa mendengar sy mroyan.moga Allah balas jasa dan permudahkan semua nya~ *pstt..len kali jangan activate kan 'Translate this page'. Rosak entri ai,tahu? =p *


notametacarpals (5) : mohon doa dari kalian yang membaca juga.tolong doa yang baik2 utk sy.tolong ya?tQ~ 



Wednesday 20 April 2011

Destroyed

Assalamualaikum...

Lelah.
Penat.
Buntu.

Tak putus-putus diduga kesabaran hati.
Jenuh memujuk hati
senyap lah hati
diamkan sahaja
biarkan mereka yang berkata-kata

Tapi
aku manusia biasa
hati tak sesuci mana
tak setabah Nabi dan Rasul-NYA

Mahu dikongsi rasa bersama teman
aku segan sendiri
bukan tak mempercayai
tapi malu dengan kesilapan diri.

Lalu pengakhirannya
aku matikan diri
kelubungkan hati
dengan hirom yang setia membalut resah sedih hati ini

Tuhan
jika mahu diuji hati ku
disentak iman ku
aku bersedia,Tuhanku
tapi jangan dibebani insan lain
dek kurang pertimbangan diri ini
jangan digundahkan hati mereka
oleh aku yang tak membawa apa-apa bahagia.

Seksai hanya hatiku,Ya Rahiim
Jangan mereka
bukan mereka
ini khilafku,Ya 'Adl
bukan mereka.


Apa2 pun yang berlaku,jgn menangis kerana sedih atau kecewa tetapi menangislah kerana dapat merasa bahawa Allah sedang memberi perhatian yang lebih dan istimewa kepada kita,saat kita diuji.Kita tak pandai menilai kasih sayang Allah pada kita,selalu sahaja zalim dalam menilai sayangNya.Kita selalu sahaja inginkan bahagia,sedangkan resahnya jiwa itu sebenarnya sarat dengan cinta dan redhaNya,teristimewa buat si hamba.

-status FB seorang sahabat-



notametacarpal (1) : maaf.itu sahaja yang termampu.at least for now. 


notametacarpals (2) : kau mahu canang serata pelusuk dunia,silakan.jika itu mampu buat kau puas.tp aku lbih selesa menjaga aibku.aibmu.aib rakan-rakanku.moga Allah redha.





Tuesday 19 April 2011

Talking to you...

Assalamualaikum...





Tuhan..
Mohon tabahkan dia..
dan
Kuatkan aku.

Tuhan..
Kurniakan dia bahagia
Sembuhkan segera luka calar hatinya
Biar aku yang tanggung seksa
Bukan dia yang ikhlas perasaannya.

Kamu..
moga cepat sembuh dan bangkit
dan nikmati indahnya dunia
yang telah aku-tak-sengaja butakan
dari pandangan mata kamu
dek figura aku.
.
.
.
.
.

Maaf...




notametacarpals :

Tuhan..
Pohon aku simpan
kenangan ini
dan nama itu
sampai aku mati.
Ya?





Friday 15 April 2011

Me vs Me

Assalamualaikum...

tetap semangat dan teguhkan hati
di setiap hari sampai nanti
tetap melangkah dan keraskan hati
di setiap hari sampai nanti, sampai mati
Sampai Nanti, Sampai Mati - LETTO


I studied hard and I scored high.
Thanks to HIM for giving me
this joy and happiness.
 
I studied hard and i failed badly.
Thanks to HIM for giving me
rejections over and over again.



Two different people
Two different lives
Two different situations

But the same reaction.

Now, which one is cooler?
The one with the joy n smile
Or
The one with pain but no one knows yet still can smile and thank HIM for giving her so much pain?

Dear hati..
Yang telah direject berkali-kali
Teruskan tersenyum
Teruskan berlari
Teruskan berjuang

Sedih lah
Itu lumrah hati untuk mrasai rasa itu
Rehat lah
Untuk kau cari kembali semangat mu
Fikirlah
Ambil masa mu sebentar
Lihat apa yang kau tertinggal

Hai hati
Direject DIA
Setelah kau berusaha
Itu lebih bahagia,tahu?
Tanda DIA sayang kamu
Tanda DIA mahu kamu tahu
DIA sentiasa perhati kamu
Dan menegur kamu

Direject DIA
Lebih bermaruah dari direject insan lain
Buat kamu sedar
Buat kamu jaga
Supaya kamu tak leka

Hai hati
Jangan dibiar bisik-bisik itu melunturkan rasa hati
Malu pada diri sendiri
Sudah direject masih lagi gagah berdiri

Dear hati
Yang telah direject berkali-kali
Selamat bangkit kembali


"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
~Surah Az-Zumar: 53~



notametacarpals (1) : terima kasih.untuk kamu.kamu.kamu dan kamu.moga ALLAH berkati aku dan kamu-kamu. =]

notametacarpals (2) : perlukan masa.butuh ruang.mohon mengerti.









Wednesday 13 April 2011

Ini entri untuk spesis saya dan spesis yg bakal hidup dgn spesis saya.

Assalamualaikum

Pergh~ bukan main panjang lagi tajuk.
Dan jika anda sume dapat mngesan ke'emo'an sy,
Tahniah!anda mmg alert.
Sbb entri nih mmg dtaip dgn penuh emosi.
Kalau rase mnyampah sile klik close window.


*amaran-tak-berapa-nak-awal : entri kali nih siyes penuh racist,sexist dan emo'ist(?)*






Mawar sekuntum. Perkarangan Blue Mosque,Turkey.21 Jan 2011





Untuk pengetahuan anda semua,penulis belog serabut ini adalah seorang perempuan.mungkin bukan perempuan melayu terakhir atau muslimah dambaan lelaki soleh(?) tetapi masih sy seorang perempuan yang kadang-kadang serabut sendiri dengan keperempuanan sy.
*bukti nye ley nmpk dlm ayat kat atas nih -.-' *

Namun begitu walaupown kdg2 serabut ngan diri sendirik tapi sy tetap berbangga dan bersyukur dilahirkan dan ditakdirkan Allah utk jadik begini.kawan-kawan yg mngenali sy,cuba bayangkan lau sy yg 'comel' tp 'macho' nih jdik laki?hot,mungkin.tp rugi ah korg sbb kurg sorg kwn pmpuan yg macho tp comel mcm sy nih.
*baik.sile pengsan.*

TAPI APE SAL PEREMPUAN2 YG MMG SEDIA-AZALI-SEMULAJADI-NATURALLY COMEL TP X MENGHARGAI KECOMELAN YG ALLAH BAGI TUH DENGAN BAIK?

KENAPAAAAAAAAAAAAAAAA????????
*smbil-ala2-bunyi-bgema-sket*


Anda comel.
Anda cantik.
anda meruntun hati semua org yg mlihat.
even sy yg pempuan nih pown tgoda,tahu?

TAPI KENAPA ANDA TAK EKSKLUSIF KAN KCOMELAN DAN KECANTIKAN ANDA TUH?
KENAPAAAAAAAAAAAAAAAA???????? *lagi*

Dan akhirnya kecomelan dan kecantikan anda dieksploitasi. 
Dieksploitasi oleh mereka-mereka yang mmg hobi nye suke m'eksploitasi. 
Macam British eksploit hasil bumi Sabah dan Sarawak. 
Untung banyak-banyak dpt kat dorang tp penduduk yg bekerja susah payah untuk dapatkan hasil tuh hapah pown tarak.
See? Rugi tahuuuu? Rugiiiiiiiiii~

Mungkin pd spe2 yg TERbace entri nih akan cakap..
"hape lahh luu.emo-emo sorang2 asal???lu da x comel cam dorang dok diam-diam sudaa ahh."

Grrr~ -.-'

Anda yg comel2 dan cantik2,
Walaupown sy x knl anda,dan anda x knl sy,tp bile sy tgk anda trus sy jatuh syg dan rase protective,tahu?
Ble bace komen yg nakal2 siap ade 'aum aum' ble komen kat gmbr anda yg comel tuh siyes ase nk sepak laju-laju kasik terabur die punye small intestine,tahu?

Kalau sy yg x knl anda nih ley jdik sgt protective,npe anda x jdik protective utk kemaslahatan diri anda sndirik kat akhirat nanti?kenapa ye?
Sebab kasih sayang Allah tuh lagi melimpah-ruah dr kasih syg sy kat anda-anda yg comel-comel dan cantik-cantik nih taw.x caye?meh cheq kasik hangpa bukti..


Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.



Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”




See? See? Betapa DIA mencipta kita dengan penuh kasih syg dan protection. Dan anda mensia-siakan kasih sayang yg DIA beri pada anda?

Jadi, lepas dah emo-emo segala macam lah ade org nk bace,*yer.sy rse skang sy S.S. hek! -.-' *
sy hanye mmpu berdoa je,moga anda jaga kasih sayang DIA dgn sbaiknya. Kalau orang yg kita syg pown kita cuba jaga hati nya dan hargai,ini kan pulak DIA yang beri segala yg ada pada kita.termasuk lah wajah anda yg meruntun jiwa tuh.ok?


Lets make ourselves prettier by being exclusive and special only for our beloved people. =]

 


notametacarpals : sakit jiwa dgn facebook skang.mcm2 pertandingan x bpekdah.ce buat pertandingan Mari Mengarang Cerita Membina Minda ke, Pertandingan Gambar Keindahan Alam Paling Menginsafkan Hati ke.Tak ke menjana pahala kat umat manusia cm tuh?!kan???
nih gi buat pertandingan lelaki comel awek bertudung plak.LELAKI COMEL?!geli epiglottis ai.hek! -.-'



 

Tuesday 12 April 2011

Alone


Do u have someone dat u can share everything?
Talks about everything?
Telling about everything u feel?
If u don’t have a bunch of best-friend
that u can share your feelings
Even one
THE ONLY ONE
Is good enough
Right?

And I do have a bunch of people
Not a bunch
Lots of people
That love me so much
That being so dear to me
Treat me well
Concern about me too

And for sure
I'm so grateful to Him
For giving me
Lots of people
That generously pour and pampered me with their love
And because of their love
That I remain as what I am
Today
Now

But I guess
Because I love them too
So much
So dear
That I would sacrifice my own life
For the sake of their happiness
And I turned out to be like this…

If I feel despair
If I feel kinda lost
If I feel like wanna quit
If I feel like wanna run away
I'll end up by having all those miserable feelings
A.L.O.N.E

It's not that I don’t wanna be honest with u
It's not that I don’t appreciate u
And it's not because u aren't good enough for me
But because I love u so dear
That I rather keep this sorrow inside
Alone
All by myself

Pathetic?
I am
Self-sacrifice?
Indeed
Trying to look tough?
That's the only thing that I'm good at
I guess

Allah~
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Qawiyy
Lead me towards the right way
And spare me a bit of Your strength
Although I'm not worth to ask it from You
But I think
You're the ONLY ONE
I can count on
When I feel this forlornness.




Sunday 10 April 2011

update ilmiah [sikit]

Assalamualaikum..

Lepas da update emo2 pg td,rase segan plak ngan diri sendirik.
da la pegi warning besar-besaran kat fb tuh.x macho sungguh.
[jadik itu lah consequence nye menyentapkan 'zombie' yg tgh mnunggu mase nk bperang dpn PC esok.moral of d story,jgn jentik emo sy tym2 nk exam.g men jauh2.hek!]

owh..bnyk plak merapu.td tgh google2 lps bchenta dgn makhluk2 kecil spt Bordetella Pertussis,Corynbacterim Diptheria,Haemophilus Influenza dan sbg nye [tahu x bpe kali backspace ble nk mnulis nme makhluk2 nih?grr~ tensen sungguh!]

laluuuu... [bru nk msuk topik]
terjumpa hadis nih.suweeettt sgt [pada sy lah]

Nak tahu ape amal ibadah yg paling simple yg dicintai Allah? *senyummanismanissampaitelinga*

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh karena itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan sore hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) karena dengan cara itulah kamu akan mencapai (surga)”.


Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit” 





Suweet kan?Kan? [lau korg x ase suweet x ksa lah.heh~ ]
for me it is.sebab nampak x betapa Allah da bagi kita macam-macam cara dan alternatif untuk kita jadik hamba yang baik pd DIA.tp yang kita nk destruct our ownselves tuh jugak nape?kufur nikmat tahu?da diberi nikmat tapi takmo gune.dosa tahu?


da..da..jangan sentap.usik sikit je. *senyummanismanisbalik*


jadik..mari me'improve' diri sendirik.
sebab kasih sayang Allah tuh luas dan mlimpah ruah.
tinggal kamu mahu rebut atau kejar kasih sayang bende lain je.
rugi lah kejar kasih sayang bende lain.
sedangkan DIA yg menentukan segala nya dan pengakhiran kamu nanti bagaimana.


Selamat mentazkirah diri dan berfikir! =]



notametacarpals : moga hari nih mampu sedut segala utk 'perang' esok.doakan moga dipermudahkan yer.tQ~ =]












entri emo sehari sebelum exam.

Assalamualaikum...

bangun pagi selepas ketepuan otak yg x terkawal smlm.
alhamdulilah
masih diberi nikmat dan peluang untuk meneruskan jihad di bumi DIA yg mkin hari mkin sakit.
sakit dengan bencana nya
tp kebanyakannya sakit dr perbuatan hidupan berakal yang hidup di atas muka bumi nya.

ok.cukup merapu. -.-'

namun ketenangan dan kebahagiaan bangun pagi ku berkecai dek email dr FB.

Hi Qteena,

You recently asked to reset your Facebook password. To complete your request, please follow this link:

huwaaarrgghhhh~ kali nih da dekat TIGA kali dpt email dr fb cenggini taw.*emo nih.emo*

*sambil tarik muke*  -_____________________- [panjang ouh ai tarik muke pg2 gini.x baik utk otot.heh!]

selepas mengconfirmkan yg bukan sy yg request tukar password tuh,pegi ah tnye inche fb.apesal lah ley jdik cenggini.maka,inche fb jwb...

it is likely that someone accidentally entered your email address or username when attempting to log in to their account. This often happens if you have a popular username or email address

HEEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!

-__________________-

banyaaaakkkkk ahhhh popular username or email address.
name ai lah paling rare tahu?RARE! *emo [lagi] nih.emo*

aaaaaaaaaaaaaaa~ tensen! +_+

kepada mne2 pihak yg ade tlibat dgn proses menyentapkan hati sy pg nih.satu permintaan ikhlas lagi suci murni dr sy yg xbersalah dan penuh inesen :-

sudaa2 lahh.bawak2 tobat lah hack2 account sy nih.tader ape yg mnarik pown dlm fb sy tuh.sy bkn nye artis ke,presiden persatuan ke apatah agy ank Dato' nk ade bnde2 sensasi yg bley meledakkan keamanan dunia.tader ape dlm fb tuh.>T.I.A.D.A <
jadik,pegi hack account Siti Nurhaliza ke,Juliana Evans ke,Diana Danielle ke.ade pekdah nye jugek.sbb dorg artis dan sgt cun.kan?kan? [bkn nk claim sy cun dan hot cm mereka yer.tak.tak. *tutupmukemalu*]

jadik,sekian sahaja royanan sy pd pagi ini.terima kasih kerana memberi ruang pd sy utk merapu dgn bahagia di belog sendirik. [sape suh kco aku tym saat2 genting gini.GRRR~! -.-' ]

sekian,terima kasih.



notametacarpals (1) : bakal mendelete fb tersebut.x sanggup agy nk rase sakit ati gini ble tiap kali kene hack.sakit,TAHU?! -_________________- *tarikmukelagi*


notametacarpals (2) : esok sy exam.mari doakan beramai-ramai sy bisa skor kencang spaya sy x mroyan LAGI nti. [see?bpekdah lah jugak kau doa utk aku dr hack account aku kan?kan?]


notametacarpals (3) : agy 2 bulan blk msia.ok.bai.