Lelah.
Penat.
Buntu.
Tak putus-putus diduga kesabaran hati.
Jenuh memujuk hati
senyap lah hati
diamkan sahaja
biarkan mereka yang berkata-kata
Tapi
aku manusia biasa
hati tak sesuci mana
tak setabah Nabi dan Rasul-NYA
Mahu dikongsi rasa bersama teman
aku segan sendiri
bukan tak mempercayai
tapi malu dengan kesilapan diri.
Lalu pengakhirannya
aku matikan diri
kelubungkan hati
dengan hirom yang setia membalut resah sedih hati ini
Tuhan
jika mahu diuji hati ku
disentak iman ku
aku bersedia,Tuhanku
tapi jangan dibebani insan lain
dek kurang pertimbangan diri ini
jangan digundahkan hati mereka
oleh aku yang tak membawa apa-apa bahagia.
Seksai hanya hatiku,Ya Rahiim
Jangan mereka
bukan mereka
ini khilafku,Ya 'Adl
bukan mereka.
Apa2 pun yang berlaku,jgn menangis kerana sedih atau kecewa tetapi menangislah kerana dapat merasa bahawa Allah sedang memberi perhatian yang lebih dan istimewa kepada kita,saat kita diuji.Kita tak pandai menilai kasih sayang Allah pada kita,selalu sahaja zalim dalam menilai sayangNya.Kita selalu sahaja inginkan bahagia,sedangkan resahnya jiwa itu sebenarnya sarat dengan cinta dan redhaNya,teristimewa buat si hamba.
-status FB seorang sahabat-
notametacarpal (1) : maaf.itu sahaja yang termampu.at least for now.
notametacarpals (2) : kau mahu canang serata pelusuk dunia,silakan.jika itu mampu buat kau puas.tp aku lbih selesa menjaga aibku.aibmu.aib rakan-rakanku.moga Allah redha.
notametacarpals (2) : kau mahu canang serata pelusuk dunia,silakan.jika itu mampu buat kau puas.tp aku lbih selesa menjaga aibku.aibmu.aib rakan-rakanku.moga Allah redha.
No comments:
Post a Comment