Friday 22 April 2011

3 minggu

Assalamualaikum~

*amaran-sebelum-scroll-bwh : yer,kali nih entri emo lagi.dan penuh pathetic.lau ase bosan,sile jangan bace.mekasih~ =] *



Point utama entri ini adalah utk memohon kata maaf.
Jadi...


Maaf pada siapa-siapa yang ade terasa hati dgn sy
maaf pada siapa-siapa yang sy tlukakan hatinya
maaf pada siapa-siapa yang sy tercuai atau terlepas pandang
maaf pada siapa-siapa yang sy berjanji tapi sy terlupa
maaf pada siapa-siapa yang sy sepatutnya buat kerja sehabis baik tapi sy culas
maaf pada siapa-siapa yang mahu menghulurkan bahu dan bantuan
tapi sy reject dengan macho nye *hek!*
maaf pada siapa-siapa yang sy ade termengata atau ter'apa-apa'
yang sy sedar dan yang di luar batas sedar

maaf jugek pada insan-insan sekeliling
yang melihat
mendengar
dan menenangkan hati sy yang sedang hebat diuji DIA.
maaf kerana kata-kata pujukan anda kadang2 tak berhasil
but the efforts dat count and it really touches my heart,actually.tQ~ =]

Dan untuk si jantung hati di Malaysia
walau diri ini tahu mungkin kata-kata ini tak dibaca
dan tak diketahui kewujudannya
tetap mahu dicoretkan juga
Maaf kerana tingkah laku aku satu masa dulu
bikin kau terasa
Maaf kerana tutur kata aku dulu
buat kau rasa aku berubah dan menjauh dari mu
Dan maaf kerana cara pemikiranku
buat aku hilang percaya dan mungkin juga hilang hormat pada mu

Maybe this is inappropriate
but I really do seek forgiveness from you
And no matter what
you're the only one in my heart
and the most respectful person in my eyes.

Moga dimurahkan rezeki
dipermudahkan urusan
diberkati segala yang dilakukan
dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Allah..
mohon aku
yang tak pernah jemu dan malu
asyik menagih dari Kamu
tolong,tuhan..
tolong tabahkan aku
dan ampun,Tuhanku
atas segala dosa ku
atas segala khilaf ku
kata-kata ku
tingkah laku ku
niat hati ku
pandangan mata ku
deria dengar ku
Ampun untuk segalanya,Tuhan..

Duga uji Mu ini
aku terima
dengan hati terbuka
walau mulut ini acapkali bertanya
mengapa
mengapa aku yang Kau duga
mengapa ini yang Kau berikan pada aku..

Tapi aku pujuk hati ku
dengan izin kasih sayang Mu
ini tanda Kau ingat aku selalu
dan mahu aku juga begitu.

Tuhanku,
mohon kekalkan kekuatan ini
mohon tabahkan jiwa ini
dan jangan kau pesongkan hati ini
sampai bila-bila.
hanya itu pintaku
Ya Ghaffar~



notametacarpal (1) : Diuji bertimpa-timpa itu sakit,tapi tanda Dia mahu ajar aku jadik homosapien normal yg berperasaan mungkin(?)


notametacarpals (2) : Baru je kene ragut pas isya' smlm.dan sy jalan berdua yer.BUKAN SORG.jadik,moral of d story,lau DIA kata "Kun Fayakuun" maka jadik jugek lah kan?taper,sy doakan 'org yg kenduri' tuh kasik mkn kat keluarga die. =]


notametacarpals (3) : akan tetap teguh berdiri dan tersenyum.mcm dlm dialog satu vid yg sahabat sy bg - "Even if I become an old woman, I never give up on this dream" =] tQ~


notametacarpals (4) : terima kasih untuk kamu yang sentiasa mendengar sy mroyan.moga Allah balas jasa dan permudahkan semua nya~ *pstt..len kali jangan activate kan 'Translate this page'. Rosak entri ai,tahu? =p *


notametacarpals (5) : mohon doa dari kalian yang membaca juga.tolong doa yang baik2 utk sy.tolong ya?tQ~ 



1 comment:

Anonymous said...

semalam kan malam minggu,ramai orang keluar kan.

lain kali balik awal-awal yer..

-,-