Tuesday, 6 December 2011

Punishment

Assalamualaikum~

Aidilfitri lalu,
saat menjadi lone-ranger dengan segala nota-nota medic,
ber'skype' dengan bapak tersayang.
dan dikhabarkan bahawa sahabat baik nya dijemput Ilahi tatkala pagi raya.
lalu~ saya mencari-cari riak perasaan hati di muka nya.
walau masih lagi kacak dan macho seperti biasa [yes~ i inherited that from him.hihi]
namun tetap saya dapat mengesan sedih pilu hati nya.
dan usai habis berbual dengan segala isi rakyat di rumah,
terdetik rasa bagaimana jika saya di tempat nya- sahabat baik pergi dijemput Ilahi.

Dan kini saya tahu apa rasanya.

Mungkin~
jika mahu di'peratus'kan atau di'normal distribution' kan kehadiran saya dalam hidup dia,
sepanjang dua dekad kehidupannya,
saya bukan lah portion terbesar.
mungkin hanya sipi-sipi di hujung sana sini.
atau jika dimetaforakan dengan lukisan
mungkin lah saya hanya garisan yang bukan menjadi penegasan pada subjek lukisan tersebut
namun,
masih,
dia sahabat saya.

Yang memarahi dan membebel pada saya,
saat saya 'date' berdua dengan GFF saya di hujung dunia
dan saya bajet-bajet nak balik jalan kaki sorang ke rumah
ataupown akan terpacak di depan GFF saya
tatkala GFF saya berkeras mahu saya pulang dengan muroqib(peneman),
yang membantu saya saat saya hanya mampu meminta pertolongannya
dan hanya satu-satu nya sahabat yang saya berani 'paw' McD di tengah-tengah malam buta.

Yang tiap kali berjumpa,
pasti
dengan giggle bahagia nya
memanggil saya 'maklong'.
dan juga pada satu malam yang tanpa saya rancang
tapi sudah DIA tetapkan
untuk dia luahkan segala yang tak pernah diluahkan pada siapa-siapa.
lalu,saya katakan pada dia- 'Go for it!'

Namun kerana jarak dan masa yang sering buat kita terleka
dan juga terlupa,
maka 'miscommunication' pun bermula.
lalu saya biarkan dia
tidak mengendahkan segala cubaan-cubaan nya
untuk berbicara
dan hanya saya janjikan,
'lepas exam kita bincang okay?buat molek exam kau.pas exam kte sembang'

Dan tiga minggu lalu,tatkala saya sedang bertarung dengan amanah menguruskan segala,
mesej nya bertanya,'Maklong,ble ko exam?'
dan hanya sepatah saya balas- 4dis
dua mesej dibalas selepas itu.
'Sorry lah sebab tibe2 msj ko.tp aku hrp persahabatan kte tak putus.'
tapi kerana ada rasa yang terbuku
ditambah dengan situasi yang begitu
lalu saya biarkan lagi.

Tapi kini,
kami sudah terputus komunikasi.
Dia pergi menghadap Ilahi sehari sebelum janji yang saya beri.
dan tiada apa yang mampu saya lakukan kini.
melainkan,
doa untuk dia.


sampai bila-bila aku takkan lupa doa untuk kau.
jangan risau.okayy? =]


*sedih sebab kau tinggalkan janji kau ngan aku tapi kau kotakan janji kau nak buat drama korea.and you did it with cool.till the end.awesome. T.T *




notametacarpal : masih lagi rasa berbuku.sungguh.terkilan sebab tak berkesempatan berbicara dengan dia.
mlainkan hanya berbalas senyum dan air mata.hingga kini terbayang,tatkala bertembung pandangan,terus air mata nya tumpah.

notametacarpal(2) : hargai ape yang ada sekeliling anda.sile jangan jadik ignorant dan alien sangat. *lempangdirisendirik* 

notametacarpal(3) : can't really see any glimpse of him.lau nampak ape2 kat fb yang ade kene mngena ngan dia,even the tag,ase cam nk 'report as spam' je.HAHA! -.-' mari doakan supaya the guilt won't kill me.hah!

notametacarpal(4) : bapak cakap,sila bersyukur sebab dapat kawan-kawan yang bagus-bagus kat sni. *sujudsyukur* 

notametacarpal(5) : HE taught me so much things through him.thank you,God~ [first time having such a long miscommunication with a friend n first time i let it slipped off from me.hope this gonna be the last.]