Tuesday, 6 December 2011

Punishment

Assalamualaikum~

Aidilfitri lalu,
saat menjadi lone-ranger dengan segala nota-nota medic,
ber'skype' dengan bapak tersayang.
dan dikhabarkan bahawa sahabat baik nya dijemput Ilahi tatkala pagi raya.
lalu~ saya mencari-cari riak perasaan hati di muka nya.
walau masih lagi kacak dan macho seperti biasa [yes~ i inherited that from him.hihi]
namun tetap saya dapat mengesan sedih pilu hati nya.
dan usai habis berbual dengan segala isi rakyat di rumah,
terdetik rasa bagaimana jika saya di tempat nya- sahabat baik pergi dijemput Ilahi.

Dan kini saya tahu apa rasanya.

Mungkin~
jika mahu di'peratus'kan atau di'normal distribution' kan kehadiran saya dalam hidup dia,
sepanjang dua dekad kehidupannya,
saya bukan lah portion terbesar.
mungkin hanya sipi-sipi di hujung sana sini.
atau jika dimetaforakan dengan lukisan
mungkin lah saya hanya garisan yang bukan menjadi penegasan pada subjek lukisan tersebut
namun,
masih,
dia sahabat saya.

Yang memarahi dan membebel pada saya,
saat saya 'date' berdua dengan GFF saya di hujung dunia
dan saya bajet-bajet nak balik jalan kaki sorang ke rumah
ataupown akan terpacak di depan GFF saya
tatkala GFF saya berkeras mahu saya pulang dengan muroqib(peneman),
yang membantu saya saat saya hanya mampu meminta pertolongannya
dan hanya satu-satu nya sahabat yang saya berani 'paw' McD di tengah-tengah malam buta.

Yang tiap kali berjumpa,
pasti
dengan giggle bahagia nya
memanggil saya 'maklong'.
dan juga pada satu malam yang tanpa saya rancang
tapi sudah DIA tetapkan
untuk dia luahkan segala yang tak pernah diluahkan pada siapa-siapa.
lalu,saya katakan pada dia- 'Go for it!'

Namun kerana jarak dan masa yang sering buat kita terleka
dan juga terlupa,
maka 'miscommunication' pun bermula.
lalu saya biarkan dia
tidak mengendahkan segala cubaan-cubaan nya
untuk berbicara
dan hanya saya janjikan,
'lepas exam kita bincang okay?buat molek exam kau.pas exam kte sembang'

Dan tiga minggu lalu,tatkala saya sedang bertarung dengan amanah menguruskan segala,
mesej nya bertanya,'Maklong,ble ko exam?'
dan hanya sepatah saya balas- 4dis
dua mesej dibalas selepas itu.
'Sorry lah sebab tibe2 msj ko.tp aku hrp persahabatan kte tak putus.'
tapi kerana ada rasa yang terbuku
ditambah dengan situasi yang begitu
lalu saya biarkan lagi.

Tapi kini,
kami sudah terputus komunikasi.
Dia pergi menghadap Ilahi sehari sebelum janji yang saya beri.
dan tiada apa yang mampu saya lakukan kini.
melainkan,
doa untuk dia.


sampai bila-bila aku takkan lupa doa untuk kau.
jangan risau.okayy? =]


*sedih sebab kau tinggalkan janji kau ngan aku tapi kau kotakan janji kau nak buat drama korea.and you did it with cool.till the end.awesome. T.T *




notametacarpal : masih lagi rasa berbuku.sungguh.terkilan sebab tak berkesempatan berbicara dengan dia.
mlainkan hanya berbalas senyum dan air mata.hingga kini terbayang,tatkala bertembung pandangan,terus air mata nya tumpah.

notametacarpal(2) : hargai ape yang ada sekeliling anda.sile jangan jadik ignorant dan alien sangat. *lempangdirisendirik* 

notametacarpal(3) : can't really see any glimpse of him.lau nampak ape2 kat fb yang ade kene mngena ngan dia,even the tag,ase cam nk 'report as spam' je.HAHA! -.-' mari doakan supaya the guilt won't kill me.hah!

notametacarpal(4) : bapak cakap,sila bersyukur sebab dapat kawan-kawan yang bagus-bagus kat sni. *sujudsyukur* 

notametacarpal(5) : HE taught me so much things through him.thank you,God~ [first time having such a long miscommunication with a friend n first time i let it slipped off from me.hope this gonna be the last.]






Friday, 28 October 2011

stop running

Assalamualaikum~

Dulu,
saat saya kejatuhan dan kesakitan
saya pohon pada DIA
kurniakan satu titik perubahan
agar kesakitan saya itu hilang ditelan perubahan yang DIA berikan.

Lalu,
DIA yang Maha Kasih tunaikan permintaan saya yang maha hina
bukan satu
bukan dua
tapi segala turning point yang indah-indah itu
akhirnya saya tukarkan menjadi
satu jalan lain

ESCAPISM.

saya teruskan berlari dalam jalan titik perubahan itu
dengan dibawa sekali rantai-rantai kesakitan lalu

berlari
berlari
dan terus berlari
sambil mengheret bersama
rantai-rantai itu
yang makin menyakiti saya
makin melukai.

dan dalam larian itu
DIA tetapkan kurniakan juga turning point yang lain
mungkin untuk beri tanda supaya saya berhenti berlari
tapi sebab saya nih x paham bahasa agak nye -.-'
saya heret turning point itu bersama
menambahkan lagi luka saya
dan juga memusnahkan turning point itu.
destructed-harshly-by me.

dan akhirnya kerana kepenatan
dan kesakitan yang tak tertahan
saya berhenti dari larian
dan DIA anugerahkan turning point lain
dek kerana sayangnya DIA pd saya
dan dek kerana saya yang tak putus-putus berdoa
supaya dihentikan segala larian ini.

namun,
kerana saya yang tuli dan buta
yang menganggap
oh~ ini lah turning point yang aku tunggu-tunggu
dan gigih mengejar
tapi hakikatnya
saya berhenti
untuk saya lilitkan ia dengan rantaian-rantaian yang saya bawa bersama.
untuk saya bebankan dengan kenangan dan dosa lama.

u know~
it's kinda sick
when u see someone,
u see d reflection of u.
d old u.
and because u've been so traumatized by d old u
u tend to help d reflection of u
trying with all ur might to help dat person
to not being like d pathetic u now.

without even realizing
all d actions that u did,
it's just annoying
and hurting people around u.
and u too.

and at that moment
*snap*
u r in another route of escapism.

dan saya kepenatan
kelelahan
untuk berlari lagi.



~ "welcome syitaa',
let's gloom and hibernate together."

petang Jumaat suam-suam kuku,
hari pengakhiran daylight saving. ~


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai...
~Surah At Tahrim: 8~






"search for the light!"
David Abbott,Just Like Heaven





lagu tader kene mngena ngan entri.manifestasi kerinduan pada bapak.huk! T.T
*lirik mnarik lau betul2 paham.pesan m.nasir untuk masyarakat yang da dinyanyikan hampir dua dekad lalu.hebat kan,kuasa kata-kata?dan hebat jugak DIA kerana mengilhamkan ini pada beliau. =] *




notametacarpal : tQ girls,for making me realize,how annoying i am. =]











Saturday, 8 October 2011

On the day of your status transition~

Assalamualaikum~


credit to inche google


Amaran awal : Ini adalah entri khas tentang perkahwinan.maka,ianya akan penuh perasaan dan emosi.sekian. =p


Pertama kali bersua pada februari 2010 setelah saya kembali dr mengembara ke bumi Nabi Musa A.S.
setelah hampir sebulan tanpa roomate *memandangkan saya dlu pemalu dan punya dunia sendiri,maka roomate lama pown kebosanan dan berhijrah ke bilik lain di sakan daulat tuh*,akhirnya Allah mentakdirkan saya utk ber'roomate' dengan seseorang yg mmg sy x kenali.

Pertama kali juga mendengar nama nya yg ala2 arab dan kawan2 lain berteka2 sy bakal satu bilik dengan org arab,sy dah kecuakan.*aku nih bahasa melayu pown busuk.nih nk cakap arab plak.ah,sudah! -.-'*

Wallahi,bukan mudah utk hidup satu bilik dan cope dengan seseorang yg kita baru kenali.
Mahu memahami,menerima dan menghargai.bukan senang.memandangkan sume org pown ade kepala fikiran masing2.jadik nye,ade lah sedikit selingkuh,perang dingin dan yang tidak2 enak berlaku.

tetapi,DIA itu Maha Kuasa dan Maha Penyayang.

Rahsia yang DIA sorok dari pengetahuan kita,itu lah yang menjadikan hidup kita sangat menarik dan ajaib.
and make us appreciate all the things that happened to us.even the littlest one.
Lalu, roomate yang pada mula nya sukar untuk disesuaikan diri,itu lah yang menjadi teman bercerita,bergurau,mengusik.berkongsi bahu buat menenangkan hati yang jauh dr keluarga.membantu mana yang mampu untuk dikurangkan bebanan.

Walaupown mungkin jarak selepas perpindahan dari sakan kuning daulat itu membuatkan kami sedikit renggang,dan hanya berjumpa sekali sekala memandangkan jadual hidup yang tak sama rentak nya,
namun sesekali bertemu,masih lagi,kakak saya yang satu ini lah yang saya cuba sedaya upaya untuk bahagia kan dan raikan segala nya.

celebrate birthday kakak tersayang yg ke20 pd september 2010.
skang sy sendirik da umur 20.cepat btul masa berlalu kan?


Masih lagi teringat bagaimana awal-awal duduk satu bilik,si kakak cuba masak nasik goreng *yg kata nya x pndai masak* tapi 1st try masak~ pergh!marvellous! *eceh~ x tipu nih.skang nih agy ebat masak dr ai taw.hihi*
dan kemudian mengesat air mata nya yang tumpah dek kerana jauh dari insan-insan penting di tanah air sana.
berjalan sepanjang syari' jamiah dan menyedut milkshake di hardees.
jugek kasik tutor cam ne nak wat belog.hehe~

*ok~ da bley buat rancangan menggamit memori nih.suda.cukup.hek! -.-' *

dan ketika bertemu dengan kakak tersayang awal musim panas lalu, *tuh pown pas emo sbb btunang x gtaw kite.grrr~ -.-' * dikhabarkan nya pada sy berita gembira.sambil dengan penuh excited n glowing menunjukkan itu ini,saat itu,perasaan sy bercampur baur. *limbic system kte mmg serabut en?*

bahagia~ sebab akhirnya she already found the one who could make her happy.erase n wash away all those pain before.and insyaallah will make her future to be a great and enjoy one.

sedih~ sebab keadaan dah tak sama.dah tabley nk suke-suki hati ajak kuar date-huha-gosip-gelak-usik sama2.

but afterall,kebahagiaan melihat kakak tersayang bahagia itu sangat membahagiakan. *tataw nk wat emoticon cm ne.hehe~*
ya~ saya menitiskan air mata malam itu.*ilang macho sy.huk!*

dan awal-awal diminta menjadi pengapit nya,saya bersetuju.
namun ketika diberitahu yang adik nya juga berada pada hari perkahwinan,buat saya rasa serba salah.
*dah lah bukan sape2.selekeh je plak tuh.gegedik plak nk jdik pengapit en.hek!*
tapi mengenangkan itu je lah saat-saat bermakna dan terakhir yang dapat saya spend sementara kakak masih lagi bergelar anak dara,lalu saya turutkan permintaannya walau keseganan.dan walau hanya mampu bersama-sama dengan dia hanya pd malam sebelum akad nikah.
sumpah rasa bersalah gile.sebab sebelum2 nih,sy cuba meluangkan masa untuk membantu mana yang mampu.tapi untuk perkahwinan nya,Tuhan tak mengizinkan kesempatan itu.
dan sebab tuh lah ai setuju jugak berinai sakan dek kerana permintaan dan untuk meraikan cik pengantin sendirik. *walau segan gile.hukhuk*

Sewaktu melihat ketenangan nya *walau dalam kelam kabut sebab lambat sampai masjid* buat saya rasa tenang.dan yakin,ah~ kakak aku da sedia da nk jadik isteri orang.hihi.
dan alhamdulilah~ segala nya berjalan lancar,walau tatkala akad,kedua-dua tangan di kiri dan kanan sy ; pengantin dan adik pengantin sejuk,sy mampu menenangkan mereka.hehe~

sungguh~ saya berterima kasih kepada pasangan nya,yang bisa membahagiakan kakak saya selama perkenalan mereka.dan saya harap inche suami mampu membahagiakan kakak saya sampai syurga.
doa untuk kalian,sentiasa dalam butir-butir doa saya,insyaallah~ moga kalian berdua mampu mengharungi alam baru yang lebih banyak cabaran nya.dan mampu menyempurnakan kekurangan kalian dengan kelebihan yang kalian ada.


buat kakak tersayang, Arwa Ahmad Kamal dan suami nya Aziz Othman,
Qus akan selalu doakan korang kekal sampai syurga.
korang orang bagus dan hebat-hebat.moga penyatuan korang mampu buat korang jadik hamba DIA yang lebih bagus dan hebat.
dan melahirkan keturunan yang bagus dan hebat juga! ♥


cik dayang2 pengapit,pengantin dan adik pengantin.
sayang korang~ ♥ 



notametacarpal : wuwuwuwuwuwu~ sedey taaawww.1st time kowt orang yg kte rapat bertukar status.it is seriously not an easy thing to be dealt with.huk! T.T


notametacarpals (2) : cik kakak sayang,mohon maaf mintak halal sume lah yer lau ade terkurang mane-mane.qus sayang akak sampai syurgaaaaaaa~ huuuuuu~ T.T


notametacarpals (3) : bahagia.ya.sangat bahagia.terima kasih,Tuhan.kerna kurniakan bahagia untuk dia yang aku kasihi. =]










Sunday, 2 October 2011

All about feelings~

Assalamualaikum~

Alhamdulilah~ nampak nyer mood sy ari nih menggerakkan sy utk meneruskan perjuangan(?) dalam pengkajian limbic system.

Yeah,yeah~ i know its kinda surprising for me to write about all these serious n ilmiah stuffs since most of d entries in this blog are like merapu n meroyan. *hek*

Tapi izinkan sy yang sudah semakin matang(?) *weeehuuu* utk meroyan dalam bentuk yg lebih ilmiah. *tepuk tangan untuk diri sendirik.clapclapclap*

Dengan penuh kegigihan sebenar nye,sy mencarik tentang perasaan. *bley bayang x btapa gigih nye aku google sal bnde alah perasaan nih?hek!*

Dan akhirnya sy ditemukan dengan makhluk yg bertanggungjawab untuk dipersalahkan dengan sgala perasaan yg kita semua rasai.

iaitu...LIMBIC SYSTEM! *bahasa melayu nyer sy tataw ape.sekian*


nota-amaran-awal : ini hanya lah dr sekadar bacaan sepintas.n i'll try to make it less boring as much as possible.huk.




kunun2 nyer limbic system nih terdiri dari 3bradik.

  1. primitive brain @ archipallum atau senang cte nyer yg btanggungjawab mengawal our animal sides of characters(?) *i know it does sound harsh.but this thing,it controls our aggressiveness,our self-preservation,our fight or flight mechanisms n bla bla bla.senang cte nyer,lau ade manusia yg prangai nyer staraf binatang tuh,mksud nyer haaaa~ bahagian nih lah yg bmasalah dlm otak die.
  2. intermediate brain @ paleopallium adalah musuh sy skang.grrr~ *opss~ see?ini sume salah paleopallium.hek!* sooo~ bnde alah nih lah yg btanggungjawab terhadap segala ape yg anda rasa dlm hati anda.dan cik palleopallium nih bkn skadar kaler kuning je kat dlm gmbr atas tuh.bnyk agy suku sakat nyer yg tlibat dlm kluarga cik paleopallium nih.nti kang kte cte sal sukut sakat die eh.
  3. rational brain neocortex @ neopallium adalah entiti yg bertanggungjawab ke atas evolusi kebijakan manusia.since neo sendiri adalah perkataan yg brasal dr Greek yg bmaksud 'young=muda',maka para saintis mnamakannya neo memandangkan kpala otak manusia baru je berevolusi dan masih lagi berevolusi dalam menjadi lebih bijak dan bijak.

okay!da bosan.kaaaannnnnn?

tapi kte x abis cte agy nih?!suku sakat cik paleopallium masih agy x dbawak ke muka pengadilan utk dpersalahkan atas segala emosi ABC yg bcampur baur yg slalu je kte ase lau ape2 jadik.kan?
so,marilah kte berkenalan dgn dua je suku sakat mereka. *since i dont wanna make u guys who read to be bored to death.hihi *

mari berkenalan dgn inche HIPPOCAMPUS. *ade sape2 rajin nk carik npe nme die macam badak yg msuk campus(?) ok.hambar. -.-' *
tapi inche nih berkuasa dalam menguruskan segala memori kita.yg lme.yg dulu2 zaman tok kaduk dlu.die lah yg jadik tukang simpan.yang penting.yang x penting.yang best.yang sakit.yang bahagia.segala nya lah.
dan kebanyakan pesakit2 alzheimer,they have problems with this guy.

nak tgk rupe nye cm ne?owh~ he's not dat handsome.but he is surely important to us. =]


inche hippocampus yg kaler purple cm nampak x nampak tuh.die pemalu sket org nye(?)




kalau yg atas nih bab menyimpan memori,yang merasakan perasaan terhadap memori-memori or ape yg jadik pada kita is cik AMYGDALA. *unik en name die?*

cik amygdala nih yang wat kte ase macam2.ase bahagia.ase sedih.ase sakit.die lah yg punye pasal.kecik je orang nyer.besar kacang almond yg korang makan dalam almond london tuh.tapi,subhanallah~ kesan cik amygdala-sebesar almond nih punye lah dah-syat!yang korang emo2,tension segala nih,die lah penyebab utamanya.

cik amygdala pown pemalu.sejemput je kat situ.


tapi awal diingatkan,these buddies aren't working alone.they are working together.with other parts of brains,other parts of organs and small buddies in our internal circumstances.so actually,u can't really blame them.they're just doing their jobs.and lots of researches are still going on since our brain is d most complicated invention and hard to be explained.

and trust me,by creating this kind of miraculous creation,it is actually to make us realize that how powerful HE is and how fortunate and special we are.



Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

~AtTin :4-7~







notametacarpal (1) : the reason why i am so out of sudden become interested with this subject is because actually i am frustrated(?) u know,its kinda sucks when u feel something that makes u unhappy which is at d same time u supposed to be happy but u can't resist the feeling of being upset n mad. *see?nampak x kecelaruan perasaan kat situ?and thats why at last,it turned up that im looking for d answer --> 'where is the disease?' bak kate doc anat yg mngajar musculoskeletal system utk sem nih.
well,its not really disease,ain't it?but at least now i know d site of d problem(?)


notametacarpal (2) : still wondering whether we are capable or not to like REALLY CONTROL our brain.our feelings.our memory.ade sape2 nti nak bersama-sama dengan sy mengkaji?hihi.


notametacarpal (3) : sebenar nye masih lagi x betul2 abis mengkaji [dr sudut bacaan] perihal inche limbic system dan keluarga nya.maka,sesiapa yg mahu berkongsi info,amatlah dipersilakan. *bajet macam ade je yg nk bace blog aku.hek! -.-' *


notametacarpal (4) : inche hippocampus dan cik amygdala sy sedang aktif melakukan tugas mereka.jadik, kesannya adalah penghasilan gambar ini :- 


Utk kamu yang jauh tapi dekat,dekat tapi jauh~
nak capai tapi x sampai~
nak tegur tapi x mampu~
moga bahagia selalu.
dan berjaya.
dunia akhirat.
ya,KAMU~

sumber http://www.psycheducation.org/emotion/brain%20pix.htm
                 http://www.psycheducation.org/emotion/hippocampus.htm
                 http://www.psycheducation.org/emotion/amygdala.htm
                 http://www.healing-arts.org/n-r-limbic.htm






Sunday, 25 September 2011

hati.

Assalamualaikum~

Nampak nye kegigihan dlm entri lepas da tertinggal dalam entri tuh je.*hek!*
Terpaksa melalut jauh[sikit je] dr tiga topik yg da berehat dgn nyaman dan aman dlm kotak pikiran tapi takmo kuar utk diterjemahkan jadik entri. -.-'

Alhamdulilah~

Tuhan tuh sgt adil,kan?
DIA ciptakan sume berpasangan.
Api vs Air
Tanah vs Langit
Bahagia vs Sakit
Syurga vs Neraka

n etc etc. [sy bukan dalam usaha utk mwujudkan kamus sinonim-antonim online.sekian]

tapi ape yg DIA kurniakan pd sy,
di awal pagi nih,
sgt memberi kesan.

Rasulullah sendiri pown galakkan kte bangun awal2 pagi kan?


Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi).


Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس ' Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)




owh~
alkisahnya,
pagi2 gini pas siap sgala
bukak lah FB [seperti bese lah kan.hee~ ]
usha2 kabar warga negara
dan usha jugak profile seorang insan kesayangan di tanah air sana.
semalam lagi da hancur luluh hati
tapi ari nih kehancuran-luluhan(?) tuh macam malignant aggressive that destructs all my all my internal organs. *huk*

wallahi,sy sedih.walau hanya kenal dlm FB dr seseorang yg lbih lama mngenali die, tapi sbb sy suke sgt kat die.bukan.SAYANG GILER.so ble die buat bnda yg sbnr nye destruct diri die sndirik,sy jadik patah hati. [ok~ aku pown pelik asal aku yg patah ati beria sdgkan die mcm x ksa je?!da ase cm s.s plak ha~ -.-']

lalu~ ai pown mluahkan kepatahanhati melalui tweetweet ai. *hek!*

then nk jadik crite,saje lah kasik msj  btanya kabar kat seorang sahabat lama yg jugak x pernah ketemu langsung,hnya dr FB smata.sembang2 segala,then ada sesuatu yang sahabat sy ini INDIRECTLY lakukan,yg buat sy tersedar tentang nikmat yg DIA beri. =]

walaupown DIA uji kita dengan kesedihan,
sebenar nya,secara kita sedar atau tak,
kebahagiaan yang DIA ciptakan jugak ade je merata-rata bertebaran kat dunia.

tak percaya?
inhale.exhale.think for a minute.
ade x?

terpulang pada kte sebenar nya nk jadikan apa yg jadik pd kita sbg satu nikmat atau mudarat.
dan sebenarnya,mudarat tuh pown satu nikmat dan tanda kasih sayang DIA untuk kita.x caye agy?haih~ -.-'


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

~AlBaqarah : 155-157~



see?x yah carik jauh2.kat page 24,awal2 agy DIA da kasik tahu n pujuk kita. =]

jadik~ mari sama-sama tukar perspektif kita dalam hidup.lau nk tukar spec pown taper.mane lah taw kowt kekaburan penglihatan anda mmg sgt kronik en.owh~ dan jangan lupa makan carrot n bnde2 yg warna oren.kasik terang sket mata untuk cerahkan jalan idup. =p [ai tgh buat hambar sebenar nya.tp nmpk macam pathetic.kowt?kan? -.-' ]

da~ nk berchenta ngan inche2 muscle yg sgt amazing tuh.tata~


notametacarpals (1) : masih agy sedih ble tgk die yg sy sayang jadik begitu.ase pathetic n loser gle sbb ckp syg,tp tak mampu nk buat ape2 utk betulkan die.hanye mmpu doa je.susah,kan,nk tegur org yg kte syg dgn cara yg paling berhikmah so dat die paham yg kte punye intention utk kbaikan die jugak n not to make dat person run away from us?grrrr~ -.-'


notametacarpals (2) : Ya Basit,mohon lapangkan hati kami, Ya Hadi,moga mudahkan jalan, Ya Ghafur,mohon ampunkan. T.T


notametacarpals (3) : moga2 ade kesempatan jugak utk jumpe dua org yg sy syg nih. *tataw ape hal lately nih ase rindu(?) nk jmpe sume org yg sy syg tp x pnh ketemu.ade shot betul kpala aku nih.kne kaji agy limbic system nih.hek!*


notametacarpals (4) : mekasih awk.ur appreciation towards my nothing-to-be-appreciated act buat sy rase terharuuuuuu sgt.syg awk smpai syurga,sahabat~ ♥ 







Saturday, 24 September 2011

Being 20 is seriously not easy~


Assalamualaikum~

 

Setelah sekian lame x mrapu dan emo kat belog nih.rinduuuuu gileee~ *ok.gedik. -.-' *

 

punye TIGA tajuk or idea entri yang matang tp insyaallah x emo. *huk*
Tapi memandangkan jadual kehidupan baru skarang agak pack, *eceh.kunun*
Maka terpaksa lah sy berehat sebentar dari meneruskan hobi dan kepakaran merapu kat belog tchenta nih.
Siyes~ bnyk bende mnarik sbnr nye nk share *in d hope of what I write might give benefits to those who r reading*
Tapi sebab tajuk2 sekian :-

 

>>EMOSI,sape yg btanggungjawab dan perlu dipersalahkan jika anda emo [contoh skarang cam dlm ayat nih. =p]

 

>>kecomelan collagen yang comel tp berharga [tataw collagen tuh ape?g google lau gigih. =p]

 

>>alkisah di sebalik lambakan tahniah,congratulations,mabrook dan yg sama makna dgn nya di wall FB sy. [maaf lau statement bajet hot.bukan slalu.hihi]

 

Seeeee???those 3 topics really require such a long time to be spend to write.
So kre aci je lah kan ai kasik hints ape yg ai nak tulis next,so dat lepas nih lau ase2 ai ade beremosi mlalut dr 3 tajuk di atas,y'all bley hempuk ai kencang2. =p

 

Owh sudah~ mahu sambung ber'biochem'.
Insyaallah akan sedaya upaya dengan penuh pengharapan dan kegigihan untuk menyiapkan tugasan2 di atas wlaupown reminder 'Sile update belog-syiok-sendiri' da bermastautin kat fon lbih dr sbulan dan nk msuk dua purnama.hek! -.-'


Owh~ *agy skalik* ini --> http://genta-rasa.com/2011/09/24/hati-emas/ sangat menarik.x berdosa lau x bace tp insyaallah dapat pahala. [rugi lah lau taknak en] moga yg menulis,menyebarkan,membaca dan mengamalkan dirahmati DIA,insyaallah~ =]



 Fasa pre-winter tahun ke3 di Jordan.
berangin,redup and minimal sunlight [my favourite.hihi]
ouh~ laut tuh angan2 jer.sini tader laut yg tenang dan macho macam dlm gmbr tuh.huk! T.T
*credit to inche google*




 

notametacarpals (1) : sedang mengharungi proses transisi dalam hidup.moga2 sume nye dipermudahkan.dan ke arah jalan yg betul dan x sesat insyaallah.i know its not easy.and i hope i won't stumble and fall again.and kalau jatuh agy skalik pown,itu anugerah dan rezki DIA kan? =]


notametacarpals (2) : alhamdulillah a'la kulli haal~ seronok beramah mesra,belajar dan memerhati manusia sekeliling.cukup2 lah membekukan dan mengasingkan diri dan dunia sendiri kan? =]


notametacarpals (3) : ade juniorita comel,name glamer die Orked.ai nk jadik Kaktus lah gitu.sesuai x?macho gagah berdiri dan penuh duri serta misteri *eceeeh* di tengah padang pasir yg redup(?) *aci x?sbb ai x suke panas.hek~ =p * 


notametacarpals (4) : rindu kat akak2 comel kat uum ngan usim. *wlaupown x pnh  ketemu dan ade kmungkinan besar dorg x bce pown entri nih.hehe~ =p * moga2 ade rezki utk kte jumpe,insyaallah~ ♥














Monday, 29 August 2011

كل عام وانتم بخير [happy eid!]

Assalamualaikum~


Tahun nih tahun paling simple sepanjang dua dekad hidup.
kunun2 lah nk  rasa sikit semangat raye dgn buat kuih raye.
dok menguli tepung dua jam.
pengakhirannye dok dalam tong sampah.
oh,dan extensor carpi ulnaris dan radialis kanan yg membengkak [tangan sy kecik dan sgt fragile yer.hek!]

jadik~ sudaa2 nye tahun nih kite masak rendang je lah.
tuh pown untuk diri sendirik telan dan sape2 yg rajin nk menyinggah tingkat 4 yg saya sorang je manusia nye.
sambut raye sorang2?lonely?pathetic?
maybe some of you will say that.
but for me,
I AM ALL HAPPY!
weeehuuuuu~ (^_~)

and the only thing that i miss after all during raye is only my family n friends.
but well,i dont mind since i know all of them are having good times.
im happy if they're happy~


Happy Eid,everyone! =]
mohon halal semua dunia akhirat.
dam moga tetap hatimu saat susah dan senang pd DIA yg satu~



notametacarpal : untuk inche sape2 yg jadik bakal suami,nampak nye ai x berbakat nak buat biskut raye.nanti sume main cap tunjuk je lah yer.hek!


notametacarpals (2) : sape2 yg nk membawa sy keluar melihat dunia luar perlu lah mempunyai keazaman yang tinggi utk memujuk sy keluar dr tempat pertapaan yg sgt cozy nih.malas betul nk jumpe manusia cuti2 nih.haih~ -.-'


notametacarpals (3) : lagi dua minggu exam.doakan yer! =]










Tuesday, 23 August 2011

Sail away~


Assalamualaikum...


Ada rasa sendu yang bertamu
Ada rasa sayu yang menegur
Ada kenangan yang datang menyinggah sebelum beradu
Tapi
Rasa itu hanya aku simpan dalam kalbu

Aku tahu silap aku
Mahu aku perbetulkan mana yang aku rasa perlu
Tapi melihatkan tembok yang kau bina tinggi melangit itu
Buat aku rasa
Owh~ aku tak mampu.

Bukan aku tak gagah untuk runtuhkan binaan kamu
Bukan aku tak punya kekuatan dan keazaman untuk itu
Tapi mengenangkan
Mungkin itu yang bisa buat kamu bahagia
Itu yang bisa buat kamu rasa selamat
Dan mungkin itu juga yang bisa melindungi kamu
dari aku yang sering menyakiti
Lalu aku pujuk hati aku sendiri

Mari lah berundur,hati
Tiada apa lagi yang mampu kamu buat
untuk selamatkan keadaan
Walau hati selalu resah
mengenangkan sihat kah,baik kah,bahagia kah
sudah lah
jangan sia-sia kan rasa hati mu
mari undur,hati.
Mari.

Bak kata
Si buah hati di rumah,
Jangan gadaikan lagi hati mu
Untuk kali yang entah ke berapa
Sudah lah
Jangan lukakan lagi hatimu
Dan hati dia.

moga Tuhan jaga kamu.
Itu doa aku.
Selalu.











notametacarpal (1) : aku lepaskan kau.memandangkan kau da cmpk aku jauh2.baik.terima kasih.jangan cari aku lagi.


notametacarpals (2) : rasa sedikit loser.tapi tak mengapa.Tuhan Maha Tahu.kan? =]


notametacarpals (3) : owh~ dan DIA dah anugerahkan sy dgn kbahagiaan yg bukan sedikit.210811 akan sntiasa jadi kenangan manis dlm hidup.alhmdulilah~ ♥ ♥ ♥


notametacarpals (4) : excited nak raye kat prantauan.wehuuu~ (^_~) tp homesick.bagaimanakah?isk~ T.T *celaru emosi btul haku.hek!*






Sunday, 21 August 2011

all iz well~


Assalamualaikum~



Doa malam lailatulqadar~ Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’fuanni..amin(maksudnya : ''Ya Allah,sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun,yang suka Maha Mengampun,maka ampunilah aku ini'') 

Ibnu abbas berkata: ‘’Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu-bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturrahim..nauzubillah.

credit to my ex-dorm-mate.


moga berkesempatan mengecapi lailatul Qadr utk ramadhan tahun ini.
kali nih rase sedih berganda2 bile mngenangkan ramadhan tgl lagi +/- 9malam je lagi.
takut kalau tahun depan tak berkesempatan berjumpa lagi dengan ramadhan.

perlu gigih merebut peluang yang ada sebelum tiada.
supaya nanti tiada terkilan rasa.
moga dipermudahkan semuanya~






courtesy from inche google.






notametacarpal (1) : utk kamu.ya,utk kamu yang sudah jauh dr aku,im sorry for all my wrong-doings.i know i've hurt u badly.but still,i never forget u in my du'a.mohon maaf dunia akhirat.*how i wish i cud say it directly*

notametacarpals (2) : tahun nih beraya di perantauan utk kali kedua selama dua dekad hidup.saje nk test diri gigih x gigih.hihi.moga semuanya baik2 aje,insyaallah~ =]




 

Monday, 1 August 2011

Ramadhan...moga dipermudahkan~

Assalamualaikum...

Update laju-laju sementara tunggu waktu buka puasa.
Ramadhan kali ke-3 di perantauan.
Rasa rindu pada rumah di tanah air belum lagi menggila.
Dan mohon kali ini ramadhan nya tanpa drama yang bisa buat aku gila juga.

hek! :D


Moga ramadhan kalian juga lebih bermakna dan diterima Dia.
Let's exploit the greatest opportunity to get His blessings to the fullest! =]



credit to inche google.



notametacarpal : da jarang2 update memandangkan ade yg meng'shout' ckp entri ai sume hot2.so,bulan pose nih bek la kite cool2 je en. *senyum-x-senyum*






Saturday, 25 June 2011

entri-tataw-tajuk

Assalamualaikum...




Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menanti mu walau sengsara
Jika ini ketentuannya
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kaukan jadi milikku jua


Tuhan~
moga ini yang terakhir
kekal sampai akhir hayat nafas aku
lelah mahu mencari dan memulakan lagi nanti
sedang aku sudah merencana masa depan
mohon jangan ini KAU ranapkan seperti yang sebelum nya.

Tuhan~
permudahkan
kekalkan
teguhkan
dan berkati segala yang direncanakan.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ~Al-Imraan : 31~



notametacarpal : puas hati blk msia kali nih.alhmdulilah~ =]





Thursday, 16 June 2011

entri serabut.hek!

Assalamualaikum...

Tader point pown nk tulis sebenar nya.tp nak gak merapu.lau ase menyampah sile jangan bace.mekasih~


Sumpah rasa nak lari
lari dari segala benda
segala keadaan
disconnecting dengan segala connection yang ade atas muke bumi
Am I blaming Him?
Is He mad at me as I cried for what He has fated for me?
Is He sad when I cursed myself - the most extraordinary creature that He created for the aim of being a great caliph on this earth?
Ya KhaliQ~
plz~
put all my miseries
hesitancies
grieves
that your foes whispered
away from me
I know I have no right to blame
no right to be mad
and no right to question
what You've destined for me
But Ya Rahman~
I do have right to cry,ain't I?
So plz
let my eyes tear
so that my heart will unload all the things that it bears.





notametacarpal (1) : tader point jugak sebenar nye letak lagu nih.skang dgr lagu2 sedih sume ase cm kne pelempang kat diri sendirik.hek!


notametacarpals (2) : Tuhan,mohon suluhkan jalan terbaik utk ku dan insan2 yg ku kasihi.


notametacarpals (3) : asik rase nak golek2 smbil ckp padan muke kat diri sendirik.yer~ sy dalam fasa meroyan walau kat muke penuh dengan senyuman. -.-'


notametacarpals (4) : ah! x kire! nk g pangkor jugak.sape nk teman?




Saturday, 14 May 2011

Selamat datang dekad ke-3


Assalamualaikum...



Assalamualaikum...
Alhamdulilah,13 Mei kali ini berlangsung tanpa apa-apa pertumpahan darah. [so far in my place lah.kat tmpt len cheq tataw]

Dua dekad berlalu
menempuh segala benda
merasai segala kebahagiaan
mengharungi segala kesakitan
Alhamdulilah,masih lagi diberi peluang
oleh Dia
untuk diteruskan kehidupan 
Suka untuk memetaforakan
insan-insan yang ada dalam hidup
seperti langit yang terbentang luas
gemar membayangkan
kasih sayang itu
umpama tenang nya langit ciptaan Dia
bertebaran meliputi dunia kehidupan pemilik diri 
Punya awan
untuk dicurahkan kasih dan rahmat
bila diperlukan
Punya bulan
untuk diterangi gelap jiwa
saat keseorangan
dan punya bintang-bintang comel
untuk dibuat teman saat kesepian. 
Ya
selama dua dekad bernafas di medium dunia
untuk diuji dan dinikmati
diri dikurnia langit luas dan penuh elemen
untuk dirasai sewaktu diperlukan
buat mengisi ruang hati saat diri rasa tak punya apa
dan buat temani diri saat butuhkan kekuatan
untuk bangkit dan terus pandang ke depan. 
Terkadang panas terik membahang
tak pun gelap suram
atau cerah menenangkan
tetap setia memayungi dunia.
lalu,
kesetiaan untuk terus berpaksi di atas sana
yang buat diri rasa
mahu terus hidup
walau apa jua terjadi. 
Terima kasih
Tuhan
atas kurniaan langit ini.
moga dekad yang akan datang
langit ini tetap bersinar
dan bertambah seri.



ok, sudah lah poyo nyer.mari layan gambar pulak nak?


ini langit bulan bintang awan mentari sy.

Ma n bapak yang terhebat di alam semesta. ♥ 

Askar-askar 'wataniah' macho dan dayang gedik. ♥ 

My beloved family ♥ 

Sahabat dr zaman x baligh sampai sume skang pown da ley jadik mak ngan bapak org. ♥ 

Besties SMKA yg penuh scandal dan drama ♥ 

Batch 07-08 SMKASAS. ♥ 

Besties n Houzys terbahek sepanjang zaman. ♥ 

Sweet INTEC memoirs. ♥ 

Sweet INTEC memoirs. ♥ 

batch JUST '09.
moga sume dpt grad same2 insyaallah. ♥ 

Geng Dulang kat Sakan Kuning-penuh daulat.
walau jauh di mata dan jarang jumpe,tetap dkt di hati. ♥ 


+ rakan-rakan FB,twitter,ym,blog
*x larat ouh nk print screen sume wallpost kalian.mahap ye? ♥ 


Ramai kannnnn??sy syg semuaaaa~ [ok.sile hargai.ingt senang ke aku nk confess gini?kurang ai punye macho taw.hehh~ ]

Dan terima kasih pada sume yang wish,
yang buat wallpost,
yang kasik msj,
yang nyanyi,
yang jerit(?),
yang call,
yang bagi video,
yang tazkirah
dan yang doakan yang baik-baik untuk sy.

tak lupe jugak untuk housemates terbahek yang celebrate kunun2 nye nk wat surprise 
[ ciss btul~ -.-' ]
dan yang buat kek untuk sy. *walau x dok satu umah qus tetap anggap korg housemates qus. =] *

Sorang M.I.A.
Rupe2 nyer tgh sebok berperang dengan cheesecake kat umah. hehe~
*aku tgh ngap kek ko taw smbil mnaip nih. sile bangga.

Hadiah tahun nih. ai liikkkeeeeeee~ :D
*ade tselit adiah zaman dahulukala. yang tahu je akan prasan. =p *

Ini sume dengan niat nk menggemukkan haku. -.-'
Jeles le tuu ai maintain ai pnye BMI.hehh~ *yg ye nye BMI sy underweight. -.-' *

Dan hadiah terbahek skali of coz lah confirm dr buah ati pengarang jantung terchenta di tanah air sana.
limited edition punye adiah, wa ckp lu. =p


Tetap macho.
dulu.kini.selamanya.
*owh. teddy cat tuh masih agy wujud di rumah. walau da x ckup sifat-ilang bijik mata,misai dan loceng comel nye.
bukan ai buat. sume askar2 ai yg dera taw.*

Rindu nak duduk atas riba bapak.
nk request blk nih nk cm nih agy boley? =p
*haha~ mati aku kene cepuk je. da sme tinggi ngan bapak pown nk gedik2 agy en?hek~ *

Dulu rupe anak cina. apesal skang ilang cina nye?
whyyyy???whyyyy?? -.-'



Untuk Ma ngan Bapak,
terima kasih
sebab jadikan Teena
siapa Teena skarang.
Bersyukur pada Dia
sebab takdirkan kalian
jadi elemen terpenting dalam hidup.

Mohon halal
dunia akhirat
Mohon ampun
zahir dan batin
selama dua dekad
ma ngan bapak jaga Teena.



And presenting hasil kerja layan perasaan-muhasabah diri malam bday...
Kek pathetic-hiasan cacat-syok sendirik yang bday girl bake sendirik.


Kek blueberry cacat-first tym hias-tataw nk gune pipe icing.
*Q ngan ♥ tuh yg mahal.yer. =p *

Choc chip cake.
ini cik pembuat cheese cake yg telan dulu sebelum sempat dihias.hehe~


dah. habis. penat lah tulis panjang2. -.-'



Notametacarpal (1) : azam dekad ke-3,mahu lebih berperasaan.dan mahu lebih memaknakan diri sendiri dalam kehidupan.penat mencari hati sendiri.mohon Dia permudahkan segala urusan dan memberkati semua. =]


Notametacarpal (2) : untuk awk smalam,dan awk td.terima kasih sbb sudi dengar apa rasa hati sy tentang dia.bukan senang,tahu,mahu bercerita tentang rasa hati yg diri sendirik x mengerti.terima kasih.qus hargai. =]


Notametacarpal (2) : final exam 19mei-2jun.mohon doa yer?mekasih~ =]


Notametacarpal (3) : terima kasih.terima kasih untuk semua.from d bottom of my heart~