Saturday 12 December 2009

~Mari lontarkn sumer nyer…~

Assalamualaikum….

Just came back from having a gud breakfast + lunch + dinner with my sweetheart in pizza restaurant… *jgn tnye daku mkn bpe bnyk..ckup kowtt utk tmbh agy skilo berat bdn…(hamikk ko dak alex oii..nk sgt aku gemuk,kn??ngehehe…)

Sdikit tazkirah utk anda sumer….

~Merenunglah dan Bersyukurlah~

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita.

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.

~Ibrahim:34~


Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk kita, tetapi kita tidak pernah menyedarinya;kita menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin.

~Luqman:20~


Kamu telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?

~Ar-Rahman:13~


Apakah kamu mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah kamu mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah kamu merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?

Pernahkan kamu merasa nista ketika kamu dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan kita dari ketulian;penglihatan kita akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit kita yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.

Perhatikanlah juga fungsi Otak kita! Apakah kamu ingin menggantikan mata kamu dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah kamu menjual pendengaran kamu seharga perak satu bukit? Apakah kamu mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah kamu, namun kamu bisu? Apakah kamu mahu menukar kedua tangan kamu dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan kamu kudung?

Kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya kita tidak menyedarinya. Bahkan kita hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal kita masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan kita yang stabil.

Kita seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya?

~Adz-Dzariyat:21~


Lihatlah diri kita, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling kita.

Dan janganlah termasuk didalam golongan: Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.

~An-Nahl:83~


Sumber : Buku La Tahzan


Summary utk mgu ini…

*Mama n bapak ckp aku da gemuk n chubby sket compare b4 aku fly ke cni..eheh..bru nek 2 kg da obvious kn??adehhh..lau nek 4@5 kg tataw ahh cm ner..isk3…

*My cousin ckp..bgus laa kau da gemuk..fair n square cm aku… (btw,ko akn gelap sket kowt imah sbb ko msuk PLKN,aku x..aku winter kowtt kat cni..ngee~~

*My lil brother sudaa pndai sebut 'kak long'!!! Urghhh~~sungguh rndu pd die..agy 5thun..bkn stakat da pndai ckp mcm2..tp da msuk skola da kowtt..isk3..taper2..Allah will repay u with something sweeter 4 ur sacrifices...


MyEm0.Com

*To my dear fren dat dated wif me just now…just b urself..world IS cruel sometimes..but dats d norm.. Allah knows what's d best 4 us…alrite?no matter what..im here 4 u...

*Takziah kpd insan2 yg bkenaan ats pemergian org tsyg..moga mereka dtmptkn d klgn org2 briman d sana... Amiiinnn...

*Tq to may beloved dad sbb sudi mmotivasikan daku dr jam 4 pg- 8 pg(wktu msia)..yer2..teena cube laa mjiwai fizik tuh..uhukk..(tp ase cm ari nih exam hampeh jer..x ckup 'jiwa' kowtt teena nih?!isk3..

MyEm0.Com

*Selamat bersyukur..tp jgn smpai tleka dgn nikmat2 itu...

MyEm0.Com





3 comments:

Unknown said...

menjiwai fizik?wahaha..

kalo da bjaye t ajar aku,

QteenaHazman .: said...

hahaha...insyaallah.. =p
*doakn aku bjaya mjiwai fizik tuh dlu laa ehh..

bibot yang tade blog (?) said...

ko cubby kat mane pon aku x sure mama. same je aku tgk ko.

neway, makan jgn x makan!